Tottenham kembali semula ke rentak kemenangan

Heung-min meletakkan Tottenham di depan dalam perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur itu. FOTO: FB Tottenham
Heung-min meletakkan Tottenham di depan dalam perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur itu. FOTO: FB Tottenham
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur kembali semula ke rentak kemenangan dibawah pengendali baharu Antonio Conte apabila menewaskan Vitesse Arnhem 3-2 dalam saingan Liga Konferens Europa di Stadium Tottenham Hotspur.

Perlawanan Kumpulan G di London itu, Tottenham meledak tiga gol menerusi Son Heung-min (14'), Lucas Moura (22') dan gol sendiri Jacob Rasmussen (28').

Sementara itu Vitesse merapatkan jurang menerusi jaringan Rasmussen (32') dan Matus Bero (39') untuk kedudukan kekal 3-2.

Keputusan di laman sendiri itu menyaksikan Tottenham mengumpul tujuh mata setelah mengharungi empat perlawanan kumpulan, tiga mata di belakang pendahulu, Rennes (10 mata), ketiga Vitesse (enam mata) dan Mura yang masih gagal memperolehi sebarang mata.

Artikel Berkaitan: