'Kesatuan dalam perbezaan, kehebatan sebenar Keluarga Malaysia'

Ismail Sabri ketika berkunjung ke rumah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran sempena Deepavali. - Foto Facebook Ismail Sabri
Ismail Sabri ketika berkunjung ke rumah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran sempena Deepavali. - Foto Facebook Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesatuan dalam perbezaan adalah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Merujuk suasana perayaan Deepavali yang disambut penganut beragama Hindu pada Khamis, beliau berkata, rakyat berbilang bangsa bersama-sama meraikannya dengan penuh harmoni.

“Seronok melihat tetamu-tetamu yang berbilang bangsa sama-sama meraikan perayaan ini dengan penuh harmoni.

“Mungkin di negara lain suasana seperti ini sukar dilihat. Namun ini adalah perkara biasa di Malaysia. Kesatuan dalam perbezaan, itulah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia,” menurutnya dalam catatan di laman Facebook.

Perdana Menteri turut berkongsi tiga keping gambar ketika beliau berkunjung ke rumah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran pada Khamis.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. - Bernama

Artikel Berkaitan: