Polis Kelantan guna Unit K9, dron kawal sempadan

Shafien
Shafien
A
A
A

BACHOK - Polis Kelantan akan menggunakan kecekapan Unit Anjing Pengesan (K9) dan dron dalam memperkukuhkan kawalan di 28 pangkalan haram yang aktif di sempadan negara di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kebanyakan pangkalan itu dikesan berada di kawasan daerah Pasir Mas.

“Kami akan menggunakan kecekapan tiga ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Kelantan dan dron bagi mencegah aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

“Penggunaan anjing dan dron ini bagi meningkatkan lagi tahap pemantauan sama ada melalui darat dan udara selain dapat memudahkan pasukan keselamatan untuk bertindak,” katanya pemberita di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Ketua Polis dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Rendah Polis Kontinjen Kelantan Tahun 2021.

Shafien berkata, penugasan kawalan di sempadan negara termasuk di pangkalan haram turut dibantu oleh pelbagai agensi lain termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kami juga akan membuat kawalan sempadan di Jeli, Gua Musang dan Pasir Puteh bagi membendung semua bentuk jenayah rentas sempadan,” katanya.

Artikel Berkaitan: