PKPD di Kampung Orang Asli Satak mulai esok

PKPD di kampung Orang Asli Satak bermula 3 November hingga 16 November. - Foto fail Bernama
PKPD di kampung Orang Asli Satak bermula 3 November hingga 16 November. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu di Raub, Pahang bermula Rabu hingga 16 November.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

"SOP (prosedur operasi standard) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Selasa.

Sementara itu, Rodzi berkata, tiada pelanjutan dan penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: