X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Tekun bantu 'peniaga bawah pokok'

Noh (tengah) turut melawat ke kilang memproses hasil tenusu Summerfield selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan Summerfield di sini pada Selasa.
A
A

SERENDAH - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, Tekun Nasional (Tekun) memperkenalkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) atau skim pembiayaan tanpa caj.

Skim itu bertujuan membantu usahawan memulakan perniagaan mikro termasuk usahawan tidak mempunyai lesen perniagaan atau 'peniaga bawah pokok' dengan jumlah pinjaman maksimum RM10,000.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM225 juta diperuntukkan di bawah Tekun dalam Bajet 2022 dan salah satu skim diperkenalkan adalah SPIN atau pelaksanaan skim pembiayaan tanpa caj.

"Pembiayaan SPIN juga termasuk kepada mana-mana usahawan tidak ada lesen perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), berniaga (peniaga) di bawah pokok dan sebagainya.

"Mereka ini juga layak untuk mendapat permohonan pinjaman tetapi maksimum hanya RM10,000, yang ini kita sudah setuju," katanya selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan Summerfield di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, skim berkenaan dilancarkan kerana kerajaan mahu membantu golongan usahawan informal mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka.

"Kita harap daripada dia berniaga bawah pokok, bawah payung mungkin dapat memajukan perniagaan mereka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!