Mayat pesara kerajaan ditemui reput dalam apartmen

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Mayat seorang pesara kerajaan ditemukan dalam keadaan reput dan terbaring di dalam sebuah apartmen di Damansara Damai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang menjumpai mayat itu pada jam 3.40 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki berusia 63 tahun dan masih bujang.

"Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah hadir ke tempat kejadian dan membuat penilaian mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohamad Fakhrudin berkata, mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kesini boleh menghubungi hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: