Bekas pengerusi Nissan, Ghosn dilarang akses internet

Ghosn dibebaskan dari pusat tahanan di Tokyo pada Rabu selepas mahkamah membenarkan dengan jaminan 1 bilion yen (AS$9 juta).
Ghosn dibebaskan dari pusat tahanan di Tokyo pada Rabu selepas mahkamah membenarkan dengan jaminan 1 bilion yen (AS$9 juta).
A
A
A

TOKYO -JEPUN. Bekas pengerusi Nissan Motor Co., Carlos Ghosn dilarang menggunakan internet atau memeriksa emel sebagai sebahagian daripada perjanjian pembebasannya sementara menunggu kesnya dibicarakan di mahkamah.

Ghosn dibebaskan dari pusat tahanan di Tokyo pada Rabu selepas mahkamah membenarkan dengan jaminan 1 bilion yen (AS$9 juta), namun pergerakannya terbatas apabila dikenakan perintah tahanan rumah.

Susulan itu, kamera pengawasan bakal dipasang di kediaman Ghosn di Tokyo bagi memantau pergerakannya.

"Kamera yang dipasang hanya memantau pergerakan keluar masuk Ghosn, bukannya merakan aktiviti hariannya," kata peguam Ghosn, Junichiro Hironaka.

Tambah Hironaka, panggilan keluar masuk Ghosn turut dipantau dan diserahkan kepada mahkamah.

Difahamkan, Ghosn dilarang meninggalkan Jepun dan perlu mendapatkan kebenaran jika beliau mahu meninggalkan kediamannya di Tokyo selama dua malam berturut-turut.

Ghosn menghadapi dua tuduhan iaitu memalsukan laporan kewangan dengan tidak menyatakan pendapatannya dan melakukan pecah amanah.

Beliau dibebaskan selepas mahkamah menolak permintaan pihak pendakwa agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Artikel Berkaitan:

Ghosn ditahan sejak 19 November tahun lepas dan mengaku tidak bersalah diatas semua tuduhan.

Sejak ditahan, beliau telah dipecat sebagai pengerusi Nissan dan Mitsubishi Motors Corp. - Reuters