PGA rampas pelbagai barangan seludup

Serbuan pertama di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Che Da'aah, Gual Tok Deh Batilion 9 PGA Kuala Terengganu menjumpai dan merampas
guni-guni mengandungi pakaian wanita bernilai
RM23,160.
Serbuan pertama di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Che Da'aah, Gual Tok Deh Batilion 9 PGA Kuala Terengganu menjumpai dan merampas guni-guni mengandungi pakaian wanita bernilai RM23,160.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM42,019 dalam dua serbuan berasingan di Gual Tok Deh dan Lubok Gong di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, serbuan pertama di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Che Da'aah, Gual Tok Deh merampas guni mengandungi pakaian wanita bernilai RM23,160.

"Pemeriksaan mendapati pakaian itu dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kejayaan rampasan berkenaan hasil maklumat yang diterima PGA pada jam 2 pagi.

Serbuan kedua di pangkalan haram Kak Mah, Lubok Gong, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu telah merampas pelbagai barangan antaranya beras.
Serbuan kedua di pangkalan haram Kak Mah, Lubok Gong, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu telah merampas pelbagai barangan antaranya beras.

Sementara itu, serbuan kedua di sebuah rumah tidak bernombor di pangkalan haram Kak Mah, Lubok Gong pula menemui pelbagai barangan seperti beras, beg, jam tangan, fon telinga dan sosej berjumlah RM18,859.

Artikel Berkaitan:

Nor Azizan berkata, bertindak atas maklumat pada jam 7.30 pagi sepasukan anggota menyerbu kawasan itu dan mendapati sekumpulan lelaki sedang memunggah barangan berkenaan ke tebing.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki itu terus melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu bagi mengelakkan ditahan," katanya.

Menurutnya, kesemua rampasan di diserahkan kepada pihak Kastam untuk siasatan di bawah Seksyen 135(1)(E) Akta Kastam 1967.