PRN Melaka: Pas guna lambang PN

Perikatan Nasional
Perikatan Nasional
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021.

“Keputusan ini selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 26 Oktober lalu, Parti komponen Perikatan Nasional (PN) bersepakat untuk menggunakan lambang gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri MuhyIddin Yassin berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi PN ketika Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada Isnin.

Katanya, Parti-parti komponen PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sepakat untuk menawarkan calon-calon dalam PRN Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN.

Artikel Berkaitan: