'Musim bunga' kembali semula di bumi bersejarah?

A
A
A

MUSIM bunga di Melaka? Sebentar tadi, pembaca Sinar Harian ada berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan pekan Alor Gajah, Melaka bertukar wajah ibarat seperti berada di Korea Selatan.

Mana tidaknya, fenomena bunga yang mekar dan bertukar warna yang memukau menghiasi sepanjang jalan di beberapa batang jalan di sana.

"Pink dan putih bunga sepanjang jalan, macam kat Korea. Ada juga yang berhenti di tepi jalan yang mengambil gambar kenang-kenangan," kata pembaca berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zulkifli.

Kalau anda masih ingat, rimbunan pohon tecoma atau tabenuia rosea di Kedah pernah menjadi perbualan hangat sejak dua, tiga tahun lalu.

Cerita itu menjadi viral dan situasi di Melaka sekarang, lebih kurang sama.

Berdasarkan penulisan sebelum ini, faktor cuaca dikatakan telah memainkan peranan penting kepada perubahan warna pohon-pohon berkenaan.

Benar, cuaca sekarang yang agak panas telah memberi kesan kepada tumbuhan itu secara tidak langsung.

Suhu bahang yang kita rasai sekarang ada hikmahnya kerana sekurang-kurangnya memberi kita peluang seperti berada dalam musim bunga seperti di Scotland, Jepun ataupun di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

Boleh baca: https://www.sinarharian.com.my/article/16893/SISIPAN/Sinar-Aktif/6-destinasi-terbaik-pilihan-Agoda-untuk-lihat-bunga-sakura-mekar