X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Terengganu sasar 25 peratus pelancong asing

Ariffin (kiri) mencuba bermain gendang ketika menyempurnakan CBT dan Program Pengindahan Pelancongan Daerah Besut di Homestay Kampung Kayu Kelat di Besut pada Ahad.
A
A

BESUT – Kerajaan Terengganu menjangkakan 20 hingga 25 peratus pelancong luar negara akan berkunjung ke negeri ini sebaik saja pintu masuk negara dibuka nanti.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, setakat ini, pelancong domestik menyumbang sebanyak 80 peratus kepada sektor pelancongan di Terengganu.

Beliau berkata, sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengindahkan produk-produk pelancongan sedia ada dan produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) di 39 lokasi di seluruh negeri pada tahun ini.

“Dalam mengindahkan lokasi pelancongan di Terengganu, pelbagai aktiviti gotong-royong melibatkan masyarakat setempat, agensi kerajaan, penggiat industri pelancongan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diadakan untuk produk-produk pelancongan di daerah-daerah.

“Meskipun menghampiri musim tengkujuh dan cuaca tidak menentu, kita meneruskan program ini di daerah Besut pula,” katanya selepas merasmikan CBT dan Program Pengindahan Pelancongan Daerah Besut di Homestay Kampung Kayu Kelat di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, Ariffin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM123,000 melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi program mengindahkan sembilan lokasi pelancongan di daerah Besut untuk keselesaan dan menarik kehadiran pelancong.

Ariffin berkata, antara lokasi terlibat ialah Air Terjun Felda Selasih, bengkel permainan Gasing Pangkoh, Pusat Pembuatan Gasing Uri, gelanggang seni budaya, Homestay Warisan Kubang Depu dan Homestay Kampung Kayu Kelat.

“Kerajaan negeri juga turut mengenal pasti lima program CBT di daerah ini dengan pelbagai tarikan produk iaitu Felda Selasih, Mukim Kerandang, Homestay Kubang Depu, Homestay Kayu Kelat dan Pulau Perhentian,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!