Polis cari pemandu kereta lawan arus

Tangkap layar akaun Facebook seorang pengguna menunjukkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai- Desaru.
Tangkap layar akaun Facebook seorang pengguna menunjukkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai- Desaru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta berwarna coklat yang memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru dipercayai berlaku pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu berjaya dirakam oleh sebuah kenderaan lain dan ia tular di media sosial.

"Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya mengesan pemilik dan pemandu kenderaan terbabit.

"Polis mengarahkan pemandu kenderaan terbabit supaya tampil memberikan keterangan dan siasatan dijalankan di bawah 42( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, video berdurasi 41 saat itu memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru, tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: