Kedai tayar terbakar, empat kenderaan musnah

Anggota bomba mengawal kebakaran kedai tayar di Bandar Bukit Puchong yang terbakar pada Sabtu.
Anggota bomba mengawal kebakaran kedai tayar di Bandar Bukit Puchong yang terbakar pada Sabtu.
A
A
A

PUCHONG - Sebuah kedai tayar di Bandar Bukit Puchong di sini musnah 80 peratus dalam kebakaran pada malam Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan kebakaran kedai dua tingkat berkeluasan 130 meter persegi itu diterima pada jam 8.35 malam.

Menurutnya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Cyberjaya dan Putrajaya terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.

"Pasukan terawal tiba pada jam 8.49 malam dan kebakaran dapat dikawal pada 10.03 malam sebelum dipadamkan sepenuhnya 37 minit kemudian.

"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, turut musnah dalam kebakaran tersebut adalah empat kenderaan yang berada di dalam kedai berkenaan.

"Kenderaan terlibat adalah sebuah lori Hicom serta tiga kereta jenis Toyota Avanza, Audi Q7 dan Proton Saga FLX yang musnah 90 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan: