Lebih 40 rakyat Pakistan diberi kewarganegaraan India

Antara pemohon yang diberikan kerakyatan India oleh pentadbiran daerah Pune, hari ini.
Antara pemohon yang diberikan kerakyatan India oleh pentadbiran daerah Pune, hari ini.
A
A
A

MUMBAI - INDIA. Pentadbiran daerah Pune di negeri Maharashtra hari ini meluluskan permohonan lebih 40 rakyat Pakistan bagi mendapatkan sijil kewarganegaraan India.

Pegawai Jabatan Pendaftaran di Pune, Naval Kishore Ram memberitahu selain warga Pakistan terbabit, pihaknya turut meluluskan dua permohonan dari Afghanistan dan satu dari Bangladesh.

"Seramai 42 warga Pakistan diberikan kerakyatan India. Kesemua pemohon telah berhijrah ke India dan menetap di Pune sejak bertahun lamanya.

"Kelulusan permohonan dibuat dengan teliti dan ia perlu mendapat keizinan daripada Biro Perisikan (BI), bukannya diberikan secara sewenang-wenangnya," kata Ram.

Difahamkan, ada di antara pemohon telah menunggu hampir 20 tahun sebelum permohonan mereka disemak semula oleh agensi berkaitan. - Agensi

Artikel Berkaitan: