Harga runcit RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mac 2019.

A
A
A

HARGA runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mac 2019.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit bagi RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.43 seliter kepada RM2.46 seliter, bagi tempoh yang sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 Mac 2019 sehingga 15 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

“Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan Jemaah Menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: