Kesedar taja al-Quran untuk anggota, veteran ATM

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah menyerahkan naskah Al-Quran kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah semasa program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.- Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah menyerahkan naskah Al-Quran kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah semasa program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.- Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) mengambil inisiatif mengagihkan al-Quran kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysa (ATM) menjelang Ramadan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kesedar, Datuk Sazmi Miah berkata, pihaknya antara penaja yang mengagihkan sebahagian daripada 120,000 naskhah al-Quran bagi program Siri Penghayatan Rahmatan Lil Alamin (Sirla) yang menjadi saranan kerajaan.

Menurutnya, program itu dirangka bagi menyantuni masyarakat dari pelbagai lapisan dan kumpulan.

“Manakala Sirla ini pula antara program penting di mana kita mengadakan kerjasama dengan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) bersama Kumpulan Media Karangkraf mengagih dan mengajar al-Quran Multazam Edisi Angkatan Tentera Malaysia kepada setiap anggota ATM.

“Ini antara program kebajikan yang kita lakukan sekali gus mengajak mana-mana syarikat swasta dan organisasi yang berminat menaja dan mengagihkan al-Quran untuk kebaikan bersama,” katanya selepas Majlis Simbolik Penyerahan al-Quran kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Sazmi berkata, memandangkan Kesedar merupakan penyumbang terawal mengedarkan sebahagian daripada 120,000 naskah al-Quran kepada pesara, pihaknya menumpukan mereka yang berada di bawah seliaannya terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.

Jelasnya lagi, pemberian al-Quran itu diharapkan dapat membuka minda masyarakat untuk terus membantu anggota dan bekas tentera dalam aspek keagamaan.

Artikel Berkaitan: