Tak masuk akal, berbaur hasutan

Orang ramai tidak melepaskan peluang bertemu Najib di Sungai Koyan hari ini.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bertemu Najib di Sungai Koyan hari ini.
A
A
A

LIPIS - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak masuk akal dan satu provokasi keterlaluan.

Ia berikutan kenyataan Guan Eng yang juga Menteri Kewangan itu bahawa kerjasama UMNO-Pas adalah sebagai menyasarkan perang ke atas bukan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam.

"Kenyataan beliau (Guan Eng) diangggap satu provokasi yang keterlaluan..tiada apa yang boleh dipertikaikan..(kerjasama UMNO-Pas) dan tafsiran beliau, tidak betul.

"Sebaliknya ia untuk kebaikan penyatuan ummah dan kita bekerjasama juga dengan bukan Islam, maknanya kita menjaga hak yang bukan Islam, tiada apa-apa yang harus perlu khuatir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Kenduri Sekampung bersama masyarakat Sungai Koyan, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor.

Dalam pada itu Najib hairan mengapa kerjasama kedua-dua parti ini dipertikaikan.

"Suatu ketika dahulu, Pas dengan DAP ada dalam satu Pakatan Rakyat jadi maknanya ideologi Pas telah diterima oleh DAP.

Artikel Berkaitan:

"Jadi untuk dia pertikaikan Pas hari ini memang tidak boleh diterima sama sekali malah ia boleh dianggap hasutan dan boleh disabitkan dengan sesuatu tindakan walaupun kita percaya akhirnya pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan tapi banyak orang anggap ia satu kenyataan berbaur hasutan," jelasnya.