X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Pengedar air ketum diberkas

Mohd Zaid
A
A

KAJANG - Seorang lelaki disyaki pengedar air ketum ditahan di Jalan Sungai Balak, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia lingkungan 50an itu ditahan pada jam 5 petang.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui tiga tong ais berisi 63 bungkusan air ketum yang telah siap diproses serta dibungkus bagi tujuan pengedaran di sekitar kawasan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1,260.

"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Mohd Zaid menasihati orang ramai sekiranya terdapat sebarang maklumat jenayah atau kemalangan, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!