Tuan Ibrahim cadang guna logo Pas di PRN Melaka

Tangkap layar hantaran di Facebook milik Tuan Ibrahim pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran di Facebook milik Tuan Ibrahim pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan logo Pas digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Beliau berkata, saranan tersebut dibuat berikutan semua parti bersetuju untuk bekerjasama dengan parti Pas.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November ini manakala tarikh mengundi pula pada 20 November 2021.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Artikel Berkaitan: