Konsesi lebuh raya jalin kerjasama bantu golongan memerlukan

Wakil daripada syarikat konsesi merakamkan gambar bersama anak-anak di pertubuhan terbabit sewaktu penganjuran program itu baru-baru ini.
Wakil daripada syarikat konsesi merakamkan gambar bersama anak-anak di pertubuhan terbabit sewaktu penganjuran program itu baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Syarikat konsesi lebuh raya di bawah Kumpulan Gamuda menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan Program Sumbangan Prihatin bersempena perayaan Hari Deepavali tidak lama lagi.

Pelaksanaan program itu yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka adalah bertujuan bagi membantu meringankan bebanan ditanggung pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan Kesayangan Maha, Jenjarom di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Sazally Saidi berkata, antara sumbangan yang diberikan menerusi program terbabit adalah meliputi barangan runcit, keperluan harian dan perkakas elektrik.

"Selain itu, bantuan kewangan turut disalurkan bagi membantu mengurangkan bebanan mereka menjelang musim perayaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Syarikat konsesi bawah Kumpulan Gamuda yang terlibat dalam program itu adalah membabitkan Lebuhraya Shah Alam Exspressway (Kesas), Litrak, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Smart Tunnel.

Dalam pada itu, Sazally berkata, pihaknya berharap agar sumbangan berkenaan dapat digunakan sebaiknya bagi pengurusan kehidupan penghuni di bawah jagaan pertubuhan terlibat.

"Semoga perayaan Deepavali kali ini memberi lebih makna buat anak-anak ini walaupun berdepan pelbagai cabaran," katanya.

Artikel Berkaitan: