PH masih bincang nasib empat bekas ADUN

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat keputusan mengenai nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu masih membincangkan mengenai perkara terbabit.

“Perbincangan diteruskan,” katanya pada sidang media pembentangan Bajet 2022 PH di Parlimen pada Rabu.

Empat orang bekas ADUN Melaka terbabit merupakan Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menekankan mengenai isu prosedur operasi standard (SOP) yang disifatkannya mustahil untuk dikawal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November hadapan.

"Saya dua kali ke Melaka dalam tempoh beberapa tempoh hari yang lalu, telah membatalkan (program) sebab perjumpaan itu di warung, saya fikir tidak mudah untuk kita kawal.

“Saya tidak sanggup umpamanya dengan kehadiran saya menyebabkan risiko kesihatan rakyat khususnya Melaka.

"Pihak kerajaan khsusunya UMNO telah melancarkan pilihan raya di Melaka dengan mengenepikan suara majoriti, mengenepikan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka harus mengambil langkah betulkan kesilapan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mempersoalkan sama ada PRN Melaka masih boleh diteruskan dengan risiko dan keadaan sedemikian rupa.

“Menteri yang petah bercakap pun harus faham dia bukan atas angin, dia bukan bawah perencana elit.

“Mustahil kita dapat kawal dan menjamin pelaksanaan dengan SOP yang berkesan kita terpaksa lakukan dengan kawalan yang sebaiknya,” jelas beliau.