City pertaruh gandingan pemain muda, utama

Pemain City bakal bergandingan dengan pemain muda bagi aksi berdepan West Ham, pada Khamis. - Foto Getty Images
Pemain City bakal bergandingan dengan pemain muda bagi aksi berdepan West Ham, pada Khamis. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia berkemungkinan menurunkan sebahagian besar pemain muda untuk bergandingan dengan kesebelasan skuad utama pada aksi Piala Liga berdepan West Ham pada Khamis.

Menurut Guardiola, pihaknya kini sedang meneliti pemain-pemain muda City yang juga kelihatan telah bersedia dan bersemangat untuk diturunkan pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan memutuskan perkara berkenaan setelah melihat aksi mereka (pemain muda), pada sesi latihan terkini skuad The Citizens itu.

“Kami akan beraki pada Khamis. Oleh itu, masih ada masa untuk sesi latihan pada Selasa dan Rabu.

“Kita akan buat keputusan mengenai pemain mana yang akan beraksi setelah sesi latihan berkenaan.

“Bagaimanapun, apa yang pasti kita akan turunkan sebahagian besar pemain muda untuk perlawanan ini,” katanya.

Setakat ini difahamkan beberapa tonggak City seperti Ferran Torres, Liam Delap, Benjamin Mendy, Vladimir Coufal dan Raheem Sterling dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara itu, Guardiola mengharapkan agar kesebelasan sedia City dapat mengulangi prestasi cemerlang seperti ketika menewaskan Brighton 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin pemain sedia ada ini mampu memberikan aksi terbaik dan seterusnya membantu kejayaan pasukan.

“Dalam masa sama, pemain-pemain muda yang diturunkan kelak juga diharapkan dapat memberikan aksi terbaik dalam usaha merealisasikan kejayaan berkenaan,” katanya.