Peserta ekspedisi tunggang jet ski 120km

Peserta membuat persediaan di Tanjung Emas, Muar sebelum berlepas ke Bukit Kepong.
Peserta membuat persediaan di Tanjung Emas, Muar sebelum berlepas ke Bukit Kepong.
A
A
A

MUAR - Seramai 71 peserta Ekspedisi Kembara Amal Jetski Tanjung Emas-Bukit Kepong di sini berjaya menamatkan perjalanan sejauh 120km, kelmarin.

Mereka yang diketuai oleh Tunku Abdul Jalil Almarhum Tunku Osman dan adindanya, Tunku Zahrah menamatkan ekspedisi sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dalam masa tiga jam setengah.

Turut serta dalam ekspedisi tersebut ialah Presiden Persatuan Jetski Kebangsaan, Dato' Saffian Omar dan Pengerusi Persatuan Jetski Negeri Johor, Wan Shamsul Bahari.

Kesemua terdiri daripada pasukan dari seluruh negara termasuk Team AZ Marine, sebuah pasukan tempatan Di sini yang menganggotai persatuan tersebut.

Ekspedisi julung kali itu adalah anjuran Pejabat Daerah Muar, Persatuan Pelancongan Muar (MTA), Persatuan Jetski Negeri dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad melakukan pelepasan di Jeti Tanjung Emas di sini pada 8 pagi dan selamat tiba di Jeti Muzium Darurat Bukit Kepong pukul 12 tengah hari.

Ketibaan peserta ekspedisi disambut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip. Turut menyambut rombongan kerabat Diraja Johor itu ialah Pengarah Muzium Kepolisian Polis. DIRaja Malaysia, Suoritendan Selamat Sainayunee dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Muar (MTA), Salehuddin Satar serta penduduk kawasan Bukit Kepong.

Terdahulu, Tunku Abdul Jalil dan adinda perempuannya berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sebelum berlepas kembali ke Tanjung Emas petang itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden Persatuan Jetski Kebangsaan, Dato' Saffian Omar berkata, pihaknya bersedia membawa lebih banyak peserta dalam ekspedisi Mac tahun depan.

Katanya, Sungai Muar antara sungai yang bersih dan cantik sesuai dijadikan medan ekspedisi peringkat kebangsaan.