Bantuan RM500 untuk individu hilang pendapatan

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) diberikan kepada kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mulai Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan disalurkan secara sekali bayar (one-off) itu memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Menurutnya, kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.

"Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat Covid-19 sentiasa terbela.

"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya.

Artikel Berkaitan: