Kerajaan faham penternak tertekan: Ahmad

Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada seorang peserta Program Rezeki Petani pada Majlis Perasmian Program Bisnes Menjadi 2.0 di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar, Alor Setar pada Ahad.
Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada seorang peserta Program Rezeki Petani pada Majlis Perasmian Program Bisnes Menjadi 2.0 di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar, Alor Setar pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Kenaikan harga bahan-bahan asas pembuatan makanan haiwan seperti jagung dan soya yang diimport dari luar negara telah menyumbang kepada peningkatan harga produk makanan haiwan di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, kenaikan harga bahan asas yang menjadi antara komponen penting dalam penghasilan makanan haiwan tersebut tidak dapat dikawal.

"Memang kita faham penternak menerima tekanan. Sekarang ini, bukan sahaja kenaikan harga ayam, bahkan ternakan lain seperti lembu dan kambing juga terkesan.

"Campuran itulah (jagung dan soya) yang cukup mahal sekarang ini. Pada suatu ketika dahulu, kita mempunyai lebihan jagung dan lebih murah kita beli berbanding kita hasilkan sendiri di negara ini.

"Namun kini apabila harga jagung melonjak berganda-ganda, kita terpaksa memikirkan satu kaedah yang lain seperti tanam semula jagung ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Ampang Jajar dekat sini pada Ahad.

Beliau mengulas rungutan penternak kerana tiada pilihan lain dan terpaksa menanggung lebihan kos disebabkan berlaku kenaikan harga input pertanian.

Artikel Berkaitan: