Mamat Khalid penghibur keluarga: Datuk Lat

Datuk Lat menyifatkan adiknya, Mamat Khalid sebagai penghibur buat keluarga.
Datuk Lat menyifatkan adiknya, Mamat Khalid sebagai penghibur buat keluarga.
A
A
A

IPOH - Kartunis terkemuka, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat menyifatkan adiknya, Mamat Khalid, 58, sebagai penghibur buat keluarga.

Menurut beliau kehilangan adik bongsunya itu yang dianggapnya lucu dan berkarisma amat dirasai.

"Kami kehilangan seorang anak seni yang berpengalaman, kehilangan adik yang hebat. Dia ada darah seni apa sahaja dipegang, kalau pegang gitar jadi lagu dan kalau dia bercerita, semua akan ketawa.

"Keluarga kami dengar cerita dia mesti ketawa. Dia kelakar, dia yang bongsu sekali. Saya bangga dengan kerjaya dia yang mencerminkan kehidupan masyarakat," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh di sini pada Ahad.

Lat berkata, adiknya merupakan pencinta seni tegar dan minat itu ditunjuknya sejak kecil.

Anak ketiga Allahyarham, Mohd Khalid Adam menyiram puasa bapanya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh.
Anak ketiga Allahyarham, Mohd Khalid Adam menyiram puasa bapanya selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh, Ipoh.

"Sejak kecil lagi dia terlibat dengan kegiatan seni. Sumbangan dia dalam industri seni tanah air mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

"Dia dah capai banyak, puas hati dengan kerjaya dia. Dia seorang yang bekerja keras tidak seperti saya yang bekerja sendirian, dia bekerja ramai orang macam satu kampung kalau ada penggambaran.

Artikel Berkaitan:

"Kita boleh lihat hasil seninya, kalau tonton filem Man Laksa kita tahu inilah cerita kami," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua sahabat, saudara dan masyarakat Sungai Rokam dan Tanjung Malim yang menguruskan pengebumian.

Allahyarham atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh kira-kira jam 2.20 petang.

Turut menziarah jenazah adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan rakan seni seperti Datuk Awie, Datuk M Nasir, Pekin Ibrahim dan Bell Ngasri.