Polis kesan dua lelaki memandu dalam keadaan berbahaya

Polis kesan dua lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Kuching menghala ke pusat bandaraya di sini pada Jumaat.
Polis kesan dua lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Kuching menghala ke pusat bandaraya di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengesan dua lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Kuching menghala ke pusat bandaraya di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada jam 3.30 petang itu melibatkan dua buah kereta jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi.

"Kedua-dua pemandu kenderaan terbabit berusia 33 dan 47 tahun itu telah ditahan pada jam 10 malam Sabtu, selepas memberi keterangan di Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.

"Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sarifudin berkata, saringan air kencing juga telah dilakukan dan mendapati pemandu kereta Perodua Myvi disahkan positif dadah methamphetamine/amphetamine.

"Suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pada Sabtu, satu video tular berdurasi 27saat memaparkan aksi dua pemandu kenderaan memandu dalam keadaan berbahaya.

Artikel Berkaitan: