3,015 kompaun ingkar SOP Covid-19 di Johor

Ayob Khan (kanan) bertemu orang ramai semasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan SOP di kawasan Rehat dan Rawat Macap, Kluang, pada Sabtu.
Ayob Khan (kanan) bertemu orang ramai semasa melakukan pemeriksaan dan pemantauan SOP di kawasan Rehat dan Rawat Macap, Kluang, pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Sejumlah 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di Johor atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) setakat Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, pemeriksaan paling tinggi di kawasan tumpuan orang ramai iaitu di pusat beli-belah membabitkan 8,838 individu.

"Ini diikuti dengan pemeriksaan ke atas 4,400 individu di taman rekreasi selain 1,910 individu di tapak permainan, 1,598 individu di tapak perkelahan dan 16 individu di tapak perkhemahan.

"Daripada jumlah itu, seramai 8,665 individu telah diberikan nasihat manakala 41 daripadanya telah dikenakan kompaun atas kegagalan mengikut SOP Covid-19," katanya ketika sidang akhbar semasa melawat Pusat Rehat dan Rawat (R&R) Machap Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Sabtu.

Katanya, jumlah kompaun berbeza namun kompaun dikenakan akibat pelanggaran SOP di pusat hiburan dikenakan secara berikan maksimum.

Pihaknya turut melakukan pemantauan dan pengoperasian sama di seluruh RN&R di lebuh raya bermula 15 Oktober lalu.

Jelasnya, 711 pemeriksaan dilakukan di semua tiga R&R dan lima laybay (arah selatan) serta dua R&R dan lima laybay (arah utara) di Lebuhraya PLUS juga dua R&R di Lebuhraya Link Kedua.

Artikel Berkaitan: