Jabatan Perhilitan rampas labah-labah

Tarantula yang dirampas disimpan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan.
Tarantula yang dirampas disimpan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, merampas 12 ekor pelbagai spesies labah-labah (tarantula) dalam satu pemeriksaan penguatkuasaan di sebuah premis sekitar daerah Seremban, pada 6 Oktober lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia pada Jumaat, kesemua hidupan liar terbabit telah disimpan tanpa sebarang dokumen penyimpanan yang sah oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan berkaitan operasi ini.

Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: