Pertukaran hak milik kenderaan Langkawi, Labuan dikecuali cukai

T Subromaniam
T Subromaniam
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenderaan yang berdaftar di Pulau Bebas Cukai (PBC) Langkawi dan Labuan dikecualikan daripada cukai ke atas pertukaran hak milik, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kenderaan tersebut perlu memenuhi syarat di bawah Butiran 14, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 untuk kenderaan di Langkawi dan Labuan yang menetapkan kenderaan perlu didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Kenderaan juga perlu dikembalikan ke PBC dalam tempoh tidak melebihi 90 hari untuk tempoh satu tahun kalendar dari tarikh ianya dibawa keluar dari pulau tersebut," katanya.

Subromaniam berkata semua kenderaan yang diimport dan pemasangan tempatan yang didaftarkan di Langkawi dan Labuan adalah bebas dari duti atau cukai selagi ianya digunakan di PBC.

Katanya Seksyen 163(E) Akta Kastam 1967 memperuntukkan barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Langkawi dan Labuan.

Seksyen 163(B)(1)(c) pula menyatakan duti import hendaklah dibayar ke atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak dari Langkawi atau Labuan seolah-olah pengimportan ke Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: