Ramai cakap muka Linda iras Fazura

Linda Nanuwil
Linda Nanuwil
A
A
A

PENYANYI, Linda Nanuwil, 35, memberitahu ramai yang keliru apabila menyangkakan dirinya adalah pelakon cantik Fazura.

"Ramai yang cakap macam itu. Tapi saya ok sahaja, tak anggap ambil kesempatan, memuji kecantikan fazura adalah. Saya juga suka tengok lakonan Fazura. Harap satu hari dapat bekerjasama dengannya," kata Linda kagum.

Linda yang sudah lama tidak muncul di media massa ditemui ketika sidang media santai sempena Showcase Reunion AF2 yang akan berlangsung sekitar Ogos depan.

Linda atau Norlinda Nanuwil yang bakal mengadakan persembahan selepas 15 tahun dinobatkan sebagai Naib Juara AF2 mengakui sedikit gementar namun pada masa sama teruja.

"Saya sudah lama tidak menyanyi secara langsung di atas pentas besar seperti 15 tahun lalu.

"Of course ada nervous itu sedikit. Tetapi konsert reunion itu nanti bersama kawan-kawan yang masing-masing sibuk selepas AF2.

"Jadi saya teruja untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan," jelas Linda.

Mengusik mengenai status, anak jati kelahiran Ranau, Sabah ini menjawab ringkas berbunyi "belum kahwin."

Artikel Berkaitan: