Pesawat Tentera Udara India terhempas ketika jalani latihan

Pesawat itu berlepas dari pangkalan udara Maharajpur di Gwalior sebelum terhempas di daerah Bhind. - Foto Ndtv
Pesawat itu berlepas dari pangkalan udara Maharajpur di Gwalior sebelum terhempas di daerah Bhind. - Foto Ndtv
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah pesawat Tentera Udara India terhempas ketika mengadakan sesi latihan di Madhya Pradesh pada Khamis.

"Sebuah pesawat IAF Mirage 2000 mengalami kerosakan teknikal ketika menjalani latihan pagi ini. Juruterbang pesawat itu terselamat selepas berjaya melenting keluar. Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian sedang dijalankan," ciap Tentera Udara India.

Pesawat itu berlepas dari pangkalan udara Maharajpur di Gwalior sebelum terhempas di daerah Bhind, lapor media India. - Bernama

Artikel Berkaitan: