Faktor komuniti penting dalam perancangan bandar, desa

Tangkap layar Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara ke-39 secara dalam talian pada Khamis.
Tangkap layar Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara ke-39 secara dalam talian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan faktor komuniti dan kelestarian merupakan antara asas penting dalam perancangan bandar dan desa.

Menterinya, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penekanan terhadap faktor tersebut dapat mewujudkan impak positif secara langsung dan tidak langsung kepada masyarakat bagi jangka masa panjang.

“Pasukan MOF terus komited untuk memberikan sokongan penuh kepada Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara (MPFN) agar usaha-usaha pelaksanaan perancangan berjalan lancar demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“MPFN adalah majlis yang bertanggungjawab dalam perancangan bandar dan desa serta menambah baik perancangan persekitaran dari segi fizikal ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan dalam negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke MPFN ke-39 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara dalam talian pada Khamis.

Antara yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Artikel Berkaitan: