No '8' yang signifikan bagi BMW

A
A
A

Tahun baharu ini BMW Malaysia mengimbau semula lapan peristiwa yang menjadikan nombor ‘8’, sesuatu yang signifikan bagi pengeluar kenderaan premium ini.

1. Enjin aloi V8 yang pertama di dunia: Semenjak BMW Group ditubuhkan, inovasi telah menjadi tunjang bagi kejayaan syarikat tersebut. Ia dibuktikan terutamanya pada Mac 1954 apabila BMW telah memperkenalkan enjin aloi V8 yang pertama selepas Perang Dunia untuk dipasang pada kenderaan yang dikeluarkan secara besar-besaran ketika itu. Kereta yang dipacu oleh enjin ini – BMW 502, yang merupakan pengganti jentera BMW 501 yang ikonik. Model kenderaan mewah ini dipersembahkan buat pertama kali kepada para pengunjung di Pertunjukan Motor Geneva ke-40 dan telah melakar sejarah automotif sebagai “baroque angel”, sempena keanggunan dan kealunan reka bentuknya.

BMW 502 Convertible.
BMW 502 Convertible.



2. BMW 8 Series yang sulung: Buat julung kali dalam sejarahnya, pengeluar kenderaan premium ini telah memperkenalkan nombor 8 dalam barisan modelnya pada tahun 1989. Pengenalan BMW 8 Series yang pertama disaksikan oleh jutaan pengunjung di Pertunjukan Motor Frankfurt 1989.

Satu lagi pencapaian teknologi yang menakjubkan pada ketika itu, generasi BMW 8 Series yang pertama merupakan jentera BMW yang sulung memperkenalkan pendikit (throttle) pemacu berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-ink’.

3. BMW Z8: Satu lagi ‘8’ dalam barisan model BMW ialah BMW Z8. Pada tahun 1999, ejen rahsia yang paling berjaya dalam dunia perfileman – James Bond – telah memandu BMW Z8 yang anggun dalam ‘The World Is Not Enough’ – filem kesembilan belas dalam francais James Bond.

Dipetik inspirasi daripada jentera legenda, iaitu BMW 507, BMW Z8 telah menawarkan sebuah tarikan kenderaan roadster klasik dengan rungkup (overhang) hadapan yang panjang dan rapi, serta reka bentuk badan yang mengunjur ke seksyen belakang yang tampak perkasa dan berkuasa.

Pendikit enjin dengan pemacu berwayar ini beroperasi menggunakan lapan ‘intake butterfly’ yang tersendiri, dan menampilkan Pengawal Pendikit Dinamik (Dynamic Throttle Control), ia membolehkan pemandu untuk memilih maklum balas ‘Comfort’ atau ‘Sports’.

Model klasik tersebut telah memasuki pasaran dalam milenium yang baharu dengan teknologi terbaik yang wujud ketika itu dalam arena produksi automobil.

Artikel Berkaitan:

The First-Ever BMW i8.
The First-Ever BMW i8.

4. Enjin diesel 8 silinder yang pertama di dunia: Sementara kita masih berada dalam topik ‘BMW Z series’, enjin diesel 8 silinder yang pertama di dunia juga merupakan nadi bagi ‘BMW Concept Z9’.

5. BMW M5 dengan enjin 8 silinder: Generasi ketiga bagi jentera BMW M5 diperkenalkan pada tahun 1998 dan buat julung kalinya, dilengkapi dengan enjin 8 silinder serta casis aluminium. Enjin 5 liter dengan silinder V8 ini dapat menjana 294KW/400hp dengan tork maksimum sebanyak 500Nm yang membolehkan BMW M5 membuat pecutan terlaju dalam abadnya yang disudahi dalam masa 5.3 saat.

Enjin tersebut yang telah memenangi beberapa Anugerah Enjin Antarabangsa Tahunan juga merupakan enjin V8 yang pertama menguasakan BMW M5 untuk mengekalkan kedudukannya di hadapan dalam segmen ‘Premium Sports Sedan’.

6. BMW i8 yang pertama: Dipacu oleh konsep alaf baharu, BMW i mempersembahkan idea yang luar biasa, jentera bervisi dan reka bentuk yang penuh inspirasi, semuanya digandingkan dengan komitmen kepada kelestarian.

The First-Ever BMW i8 Roadster.
The First-Ever BMW i8 Roadster.

Sebagai jendela ke alaf baharu, BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW i8 yang pertama pada tahun 2015 di BMW World Malaysia Exhibition. Kereta sport alaf baharu ini menawarkan prestasi yang menerajui teknologi permotoran, dan pada masa yang sama, masih dapat menandingi nilai kadar penggunaan dan emisi sebuah kereta kompak.

7. BMW i8 Roadster yang pertama: Beberapa tahun kemudian, BMW Malaysia telah merungkaikan ikon era baharu dalam bentuk BMW i8 Roadster yang sulung. Kereta sport hibrid dengan dua tempat duduk serta tetapan ‘open-top’ ini telah mendefinisikan semula keterujaan dan kebebasan pemanduan serta ia juga mendemonstrasikan e-Mobiliti sebagai visi ke hadapan bagi segmen kereta sport konvertibel.

The First-Ever BMW 8 Series.
The First-Ever BMW 8 Series.

8. Jualan rekod selama lapan tahun berturut-turut: Tahun 2018 terlakar sebagai tahun kelapan bagi rekod jualan yang dikecapi secara berturut-turut untuk BMW Group dan BMW Group Malaysia, yang membuka ruang untuk tahun baharu yang mengujakan dengan portfolio produk-produk yang mantap – bermula dengan ‘Story of Luxury’ pada Mac tahun ini.

#SinarTurbo