KKM tingkat penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan dalam Twitter pada Khamis berkata, beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian pada Rabu.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

“Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” katanya.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka, telah bermula pada 1 Januari 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: