PM ucap tahniah Yadim catat rekod dalam MBOR

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) atas kejayaan menganjurkan program tazkirah 24 jam tanpa henti yang mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Menerusi catatan di Facebook malam Rabu, Ismail Sabri berharap usaha itu dapat memberi inspirasi kepada pelbagai pihak yang berhasrat untuk bersama-sama melestarikan gerakan dakwah di Malaysia.

“Alhamdulillah, dalam menyulam rasa kecintaan kepada pemimpin teragung, Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul, Yadim berjaya mencatatkan rekod apabila mencipta nama dalam ‘Malaysia Book of Records’ melalui penganjuran program tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai ‘Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk'.

"Tahniah Yadim dan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini,” katanya.

Program dengan tontonan 44,893 peserta membabitkan 24 penceramah dari dalam dan luar negara itu berlangsung dari 9 malam, 18 Oktober hingga 10 malam, 19 Oktober diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H yang menjadi sebahagian daripada pengisian kepada program Bulan Dakwah 2.0 Yadim. - Bernama

Artikel Berkaitan: