Ciri pendaftaran daftar masuk MySejahtera disalah guna

Antara tangkap layar warganet yang menerima mesej OTP ketika sedang tidur.
Antara tangkap layar warganet yang menerima mesej OTP ketika sedang tidur.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ciri pendaftaran daftar masuk premis di aplikasi MySejahtera didapati telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pasukan MySejahtera dalam kenyataannya lewat malam Selasa mengesahkan perkara itu selepas siasatan dijalankan oleh pihak mereka.

"Mesej one time password (OTP) telah dihantar secara rawak kepada pengguna," katanya.

Ujar pasukan itu, pihaknya telah menyekat antarmuka pemrograman aplikasi (API) dan meningkatkan kawalan keselamatan aplikasi tersebut serta-merta.

"Kami ingin meyakinkan semua pengguna bahawa tidak ada akses oleh pihak tidak bertanggungjawab tetapi nombor telefon telah disebarkan secara rawak untuk pengesahan," katanya.

Justeru, pasukan itu memohon maaf berhubung isu tersebut.

Warganet pada Selasa menzahirkan kebimbangan selepas menerima mesej OTP di awal pagi sedangkan mereka sedang tidur pada waktu tersebut.

Ia sekali gus menyebabkan tanda pagar MySejahtera menjadi trending di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh syarikat tempatan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), KPISoft Sdn Bhd.