PGA rampas 134,700 batang rokok seludup

Suspek bersama barangan yang dirampas Batalion 6 PGA Bakri di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, Muar pada Ahad.
Suspek bersama barangan yang dirampas Batalion 6 PGA Bakri di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, Muar pada Ahad.
A
A
A

MUAR - Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri merampas sebanyak 134,700 batang rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam sebuah premis dan kereta di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir di sini pada Ahad.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA Bakri, Deputi Supritendan Salehin Suleiman berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan satu operasi di kawasan itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan rokok seludup.

Katanya, operasi kira-kira jam 9.40 pagi itu kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar barangan tindak bercukai berkenaan.

"Bertindak hasil maklumat, kita telah membuat penahanan ke atas seorang suspek warga tempatan berusia 64 tahun yang dipercayai menjadi pengedar rokok seludup ini di kawasan setempat.

"Penahanan suspek itu turut membawa kepada pemeriksaan ke atas sebuah premis dan kereta jenis Proton Waja yang mana kami telah menemui sebanyak 771 karton rokok seludup bersamaan 134,700 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Salehin berkata, pihaknya percaya tangkapan dan rampasan barangan yang dilakukan itu berjaya memutuskan salah satu rangkaian sindiket penjualan rokok seludup di sekitar daerah Muar serta Tangkak.

"Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan ini adalah sebanyak Rm160,958. Suspek dan barangan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: