Tayar tersangkut pada leher rusa selama dua tahun

Gambar fail menunjukkan tayar tersangkut pada leher seekor rusa besar di Colorado, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Colorado Parks and Wildlife
Gambar fail menunjukkan tayar tersangkut pada leher seekor rusa besar di Colorado, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Colorado Parks and Wildlife
A
A
A

DENVER - Satu tayar yang tersangkut selama dua tahun pada leher seekor rusa besar yang berkeliaran di kawasan berbukit di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) akhirnya berjaya ditanggalkan baru- baru ini.

Rusa jantan yang berusia hampir lima tahun itu dikesan berada di Pine Junction, barat daya Denver sebelum ia ditembak dengan ubat pelali.

Ia bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan tanduk rusa tersebut.

Tanduk haiwan itu kemudian dipotong oleh kakitamgan-kakitangan Hidupan Liar dan Taman-Taman negeri itu untuk mengeluarkan tayar tersebut.

Rusa itu kali pertama dikesan membawa tayar tersebut pada tahun 2019 ketika satu kajian tentang kambing yang hidup di kawasan berkenaan dilakukan.

Akibat terlalu lama membawa tayar itu, terdapat kesan kecederaan pada sekitar leher haiwan tersebut dan bulunya juga semakin menipis.

Berat rusa itu dilaporkan ialah 270 kilogram dan direkodkan beberapa kali berjalan di antara Park County dan Jefferson County. - Agensi

Artikel Berkaitan: