X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Lelaki bersenjata parang mengamuk tengah jalan

Insiden lelaki mengamuk bersenjatakan parang di jalan lama Temerloh-Maran turut menyebabkan kesesakan jalan berkenaan pada Ahad.
A
A

TEMERLOH - Pengguna jalan lama Temerloh-Maran berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bersenjatakan parang mengamuk di tengah jalan berkenaan pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tindakan lelaki yang tidak berpakaian tersebut turut menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga kira-kira tiga kilometer.

Seorang pengguna jalan raya berkenaan, Khaidir Ahmad, 59, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menghala ke Batu 4 di sini atas urusan kerja.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia terkejut apabila melihat deretan kenderaan yang berhenti hingga menyebabkan kesesakan jalan.

"Lelaki yang tidak berpakaian itu dilihat mengacukan parang kepada kenderaan yang lalu-lalang namun saya memberanikan diri dan redah sahaja melaluinya, namun ada juga yang berpatah balik, syukur tidak berlaku apa-apa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, kejadian berkenaan tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuk sekiranya suspek mempunyai masalah mental.

"Setakat ini tiada individu yang tampil membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan termasuk melakukan ujian urin terhadap suspek," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!