Wan-Bissaka boleh beraksi menentang Atalanta

Wan-Bissaka (tengah) ketika bersaingan dengan pemain Young Boys, Christopher Martins (kiri) dan Vincent Sierro semasa perlawanan Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara di Bern pada 14 September lalu. - Foto AFP
Wan-Bissaka (tengah) ketika bersaingan dengan pemain Young Boys, Christopher Martins (kiri) dan Vincent Sierro semasa perlawanan Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara di Bern pada 14 September lalu. - Foto AFP
A
A
A

TONGGAK pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menghela nafas lega apabila boleh diturunkan dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Serie A, Atalanta Bergamasca Calcio selepas memenangi rayuan terhadap penggantungan dua perlawanannya.

Wan-Bissaka dilayangkan kad merah ketika The Red Devils berdepan kekalahan kepada Young Boys pada September, dengan pada awalnya Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengenakan penggantungan satu perlawanan sebelum menambah satu lagi penggantungan setelah tindakannya dianggap sebagai permainan kasar.

United mengatakan bahawa UEFA telah mengubah hukuman asal apabila hanya mengenakan satu pergantungan perlawanan, yang bermakna Wan-Bissaka boleh diturunkan berdepan Atalanta pada 20 Oktober setelah menjalani penggantungan ketika berdepan Villarreal sebelum ini.

Manchester United kini berada pada kedudukan ketiga dalam Kumpulan F dengan mengumpul tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Artikel Berkaitan: