X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Nasib berbeza dua Manchester

Greenwood (tengah) ketika melakukan percubaan ke arah gawang Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester. -Foto AFP
A
A

NASIB berbeza menimpa dua kelab bandaraya Manchester dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memasuki perlawanan kelapan kedua-dua pasukan berprofil tinggi tersebut malam ini.

Penyandang juara Manchester City kembali semula ke pentas kemenangan selepas terikat 2-2 ketika menentang Liverpool sebelum ini mengatasi cabaran Burnley 2-0 dalam perlawanan di Stadium Etihad.

Gol daripada Bernardo Silva pada minit ke-12 diikuti jaringan minit ke-78 oleh Kevin De Bruyne sudah cukup membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola tersebut mengumpul 17 mata.

De Bruyne meraikan jaringan bersama pemain Manchester City lain semasa melayan kunjungan Burnley di Stadium Etihad, Manchester. -Foto AFP
De Bruyne meraikan jaringan bersama pemain Manchester City lain semasa melayan kunjungan Burnley di Stadium Etihad, Manchester. -Foto AFP

Sementara dalam satu lagi perlawanan di Stadium King Power, Manchester United melebarkan kemarau kemenangan untuk kali ketiga berturut-turut apabila dijinakkan 2-4 oleh Leicester City selepas diikat Everton 1-1 sebelum ini.

Empat gol The Foxes kendalian Brendan Rodgers dihasilkan Youri Tielemans (31'), Çağlar Söyüncü (78'), Jamie Vardy (83') sebelum pemain gantian Patson Daka melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan gol minit ke-91'.

Sementara gol anak buah Ole Gunnar Solskjær pula dijaringkan Mason Greenwood (19') dan jaringan pemain gantian Marcus Rashford pada minit ke-82' sekali gus menyaksikan The Red Devils kekal mengumpul 14 mata.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!