Seleweng dana TH: Pemuda Umno desak siasatan segera

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Izari Rosli
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Izari Rosli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mendesak polis segera menyiasat laporan polis yang dibuat Tabung Haji (TH) berhubung penyalahgunaan dananya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan ini perlu disegerakan atas dasar kepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi institusi Islam itu.

“Pemuda Umno menegaskan bahawa isu berkaitan integriti dan moral tidak boleh sesekali dikompromikan apatah lagi apabila melibatkan institusi agama yang diharapkan rakyat mengamalkan prinsip tadbir urus pada tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! lebih RM22j dana Tabung Haji untuk politik]

Kelmarin, TH membuat laporan polis terhadap bekas pengurusan tertinggi dan beberapa kakitangan kanannya berhubung penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.

Dalam pada itu, Asyraf berharap proses perundangan berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis di mahkamah kelak dan bukannya dihukum di pentas media.

“Pemuda Umno juga konsisten berpendirian bahawa selagi tidak disabitkan hukuman, seseorang itu berhak dilayani sebagai tidak bersalah berasaskan prinsip Islam dan prinsip perundangan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penyelewengan TH: Mana Asyraf Wajdi?]

Artikel Berkaitan: