X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kementerian Kerja Raya akan serah 120 SST projek pembinaan

Fadillah (kanan) melihat pelan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) di Ketereh, pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 120 surat setuju terima (SST) bagi semua projek pembinaan yang telah diluluskan kerajaan Persekutuan akan diserahkan kepada syarikat yang terlibat dalam waktu terdekat.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha ini selari dengan matlamat pencapaian awal 100 hari kementeriannya dengan menumpukan kepada pemulihan negara terutama dalam meningkatkan infra rakyat.

"Negara kini sudah beralih fasa demi fasa. Kita mahu memastikan ekonomi negara dapat digerakkan semula dan negara kembali kepada kedudukan dahulu kerana salah satu sumbangannya adalah melalui projek pembangunan termasuk jalan raya.

"Sebab itu kita turun melihat tapak projek untuk memastikan semua peruntukan yang telah diluluskan diberikan SST termasuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar supaya ia sampai ke peringkat akar umbi," katanya.

Fadillah sebelum itu melakukan lawatan kerja ke Kelantan untuk meninjau pelaksanaan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) di Ketereh di sini pada Sabtu.

Pada perkembangan sama, Fadillah mengakui peruntukan untuk pembinaan asas mengalami kelewatan daripada perancangan asal kerajaan Persekutuan.

"Bila berlaku pandemik dan perintah kawalan prgerakan (PKP), dalam sektor pembinaan kita hanya akan bayar berdasarkan kerja yang dilaksanakan.

"Bila kerja berhenti disebabkan PKP, sudah pasti ia akan membantutkan progres sesuatu kerja. Maka, kontraktor tidak boleh membuat tuntutan bayaran sebab kerja tidak berjalan.

"Sebab itulah selepas kita berbincang di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya, akhirnya kita membenarkan industri pembinaan dibenarkan beroperasi.

"Bukan sekadar untuk menggerakkan ekonomi, tapi ia memang perlu sebab jika kerja-kerja ini tidak diteruskan, ia akan merugikan banyak pihak terutama rakyat sendiri sebab banyak projek tidak siap.

"Kita mungkin tidak dapat menghabiskan peruntukan tersebut tahun ini dan kemungkinan ia akan disambung ke tahun hadapan,"katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan sebanyak 46.8 peratus daripada RM39 bilion peruntukan bagi pembangunan asas dibelanjakan membabitkan seluruh negara, sehingga 3 Oktober lepas.

Menurut beliau, jumlah peratusan yang dibelanjakan itu mengalami kelewatan daripada perancangan asal disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!