Seorang pelajar pengsan, lima muntah

Mangsa diberi rawatan awal sebelum tindakan lanjut.
Mangsa diberi rawatan awal sebelum tindakan lanjut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai enam pelajar sedang menerima rawatan termasuk salah seorangnya pengsan setelah kawasan sekolah mereka di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang dicemari tumpahan kimia merbahaya.

Kesemua mangsa berkenaan adalah melibatkan pelajar daripada dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih.

Timbalan Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pegawai Bomba Lokman Hakim Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, empat bersama pasukan Hazmat dibantu Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang telah bergegas ke lokasi sejurus panggilan.

“Ia selepas terdapat bau gas dipercayai bahan kimia di sungai berdekatan SMK dan SK Taman Pasir Putih. Berdasarkan maklumat, kami percaya gas disyaki jenis methane.

“Pengosongan kawasan dilakukan melibatkan lingkungan jarak sehingga 500 meter,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Lokman berkata, setakat ini kesemua mangsa menghadapi simptom muntah-muntah dan ada daripada mereka dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: