Zii Jia akui berdepan tekanan sebelum tewaskan Brian

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia mengakui berdepan tekanan sebelum berjaya menewaskan pemain Kanada, Brian Yang pada saingan Piala Thomas di Arena Ceres, Aarhus Denmark, pada Rabu.

Menurutnya, kejayaan Brian menewaskan beberapa pemain terbaik dunia sebelum ini turut membuatkannya berwaspada pada pertemuan berkenaan.

“Bagi saya set pertama ternyata memberikan saya tekanan. Lagipun, Brian pernah mengecewakan beberapa pemain yang berada ranking 10 pemain terbaik dunia.

“Oleh ramai yang membuat andaian bahawa kali ini mungkin saya pula akan menjadi mangsanya. Bagaimanapun, berjaya buktikan bahawa andaian itu salah.

“Saya berjaya mengawal permainan dan memaksanya melakukan kesilapan bagi memudahkan saya mengutip mata. Apa pun, secara keseluruhannya, untuk berdepan Brian, mental seseorang itu perlu kuat,” katanya.

Pada pertemuan aksi perseorangan pertama Zii Jia yang juga juara All England dan pemain ranking kelapan dunia, menewaskan Brian (ranking ke-39 dunia) bagi meraih mata pertama negara, pada Rabu.

Biarpun menerima tentangan sengit pada set pertama, namun Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya sebelum menewaskan Brian dalam masa 38 minit.

Sementara itu Zii Jia berharap agar dirinya tidak lagi dibanding-bandingkan dengan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perjalanannya masih jauh dalam sukan badminton dalam usaha mencapai cita-cita dalam sukan badminton.

“Bagi saya, Chong Wei adalah legenda. Tak boleh bandingkan dengan saya. Saya adalah Lee Zii Jia, bukannya (Datuk) Lee Chong Wei.

“Saya ada perjalanan sendiri, tak boleh samakan dengan dia. Rasaya, dalam tempoh 20 tahun pun belum tentu ada pemain yang mampu mencapai tahap kejayaan sepertinya,” katanya