Program Sarapan Pagi di sekolah masih dalam perbincangan

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan masih lagi berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pelaksanaan Program Sarapan Pagi di sekolah-sekolah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan program itu kini sedang diperhalusi kedua-dua kementerian terbabit.

“Baru-baru ini, kita sedang memperhalusi bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan. Insya-ALLAH, dalam dua tiga minggu ini iaitu semasa Bajet 2022, kita akan perhalusi cadangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.