X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Pelakon, pengarah, penolong pengarah ditahan positif dadah

Gambar hiasan.
A
A

IPOH - Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar pagi Ahad.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis tetra hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine

Difahamkan, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!