X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Nasib anak yatim akibat Covid-19 dibela

Siti Zailah
A
A

KUALA KRAI - Sebanyak 4,696 orang anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dikenal pasti di seluruh negara setakat September lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi memastikan nasib mereka terbela dan termasuk tidak tercicir dari segi pendidikan.

Katanya, pihak kementerian memberi peluang kepada waris dan keluarga terdekat anak yatim terlibat untuk menjaga mereka.

“Namun sekiranya tidak ada waris yang boleh menjaga mereka, kementerian ada 36 institusi kanak-kanak dan daripada jumlah tersebut tujuh kita khaskan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa serta tiada waris," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tinjauan dan Pemantauan Mengenai Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan di Dabong di sini pada Ahad. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!