Penyaman udara rosak: Tindakan segera diambil

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua unit penyaman udara yang mengalami kerosakan di Klinik Kesihatan Ampang akan segera dibaiki, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Susulan laporan media semalam bahawa klinik tersebut menghadapi masalah kerana kerosakan sistem penyaman udara sejak Januari tahun ini, Boon Chye berkata, tindakan segera akan diambil untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang lancar kepada pesakit.

“Semuanya, ada 74 unit penyaman udara di klinik itu dan kami telah memeriksa separuh daripadanya. Daripada jumlah itu, tiga pemampat udara dikenal pasti tidak berfungsi, " katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Ampang hari ini.

Boon Chye berkata, beliau dimaklumkan bahawa klinik itu menghadapi masalah penyelenggaraan oleh kontraktor yang menyebabkan kelewatan selama tiga bulan bagi membaikinya.

"Kontrak kontraktor sebelumnya berakhir pada 31 Disember tahun lepas. Kontraktor yang mengambil alih memerlukan tempoh peralihan untuk menandakan aset sebelum memulakan penyelenggaraan.

"Ia mengambil masa dan kelewatan telah menyebabkan ketidakselesaan kepada semua orang. Tetapi jika penyelenggaraan tidak dilakukan (selepas ini), kontraktor akan didenda," katanya sambil memberi jaminan bahawa penyaman udara itu yang rosak itu akan dibaiki dalam dua masa minggu.

Klinik Kesihatan Ampang ditubuhkan pada 1969 dan kira-kira 1,200 pesakit mengunjungi klinik itu setiap hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: